Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2016


Murid Tahun 6 yang menduduki UPSR 2015 dan mendapat keputusan 5A serta berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) pada tahun 2015 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online melalui laman web www.ytrg.terengganu.gov.my atau www.myimtiaz.com.myyang akan dibuka sebaik sahaja keputusan UPSR 2015 diumumkan.
Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas keputusan UPSR 2015. 

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
1.  Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Besut
2.  Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Dungun
3.  Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
4.  Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
5.  Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
6.  Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
7.  Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Setiu

Syarat-syarat kemasukan:-
1.    Mendapat 5A dalam UPSR 2015.
2.    Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
  • ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
  • ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3.    Keutamaan diberi kepada ibu atau/dan bapa yang merupakan pengundi berdaftar di Terengganu.
4.    Pemohon bukan anak Terengganu boleh juga memohon (kuota 5% untuk pelajar bukan anak Terengganu).
5.    Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi.
6.    Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
7.    Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
8.    Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.

Borang Permohonan

Klik --> Permohonan

Semakan Status


MAKLUMAN : SENARAI PUSAT TEMUDUGA AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA.

Semakan permohonan, panggilan temuduga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web berkenaan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
PENGARAH
Yayasan Terengganu,
Bangunan Yayasan,

Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
(u.p. Bahagian Pengurusan Imtiaz)
Tel:  09-6221733         Faks: 09-6232944                  E-mel: info@ytrg.terengganu.gov.my

No comments:

Post a Comment