~ Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2016 Asrama Yayasan Terengganu Kemaman ~


Permohonan adalah dipelawa dari pelajar-pelajar anak Terengganu yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR 2015 untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman bagi persekolahan tahun 2016.
 Syarat permohonan :
Tawaran ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang memiliki syarat-syarat seperti berikut :
  1. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A dan 2B dalam peperiksaan UPSR tahun 2015 dengan Matematik dan Sains adalah A serta tiada matapelajaran gagal.
  2. Pemohon dan ibu atau bapa adalah terdiri dari anak Terengganu. Pemastautin yang tinggal tetap di Terengganu melebihi 10 tahun serta mempunyai keinginan untuk tinggal terus ( dibuktikan dengan perolehan aset tak alih ) juga layak dipertimbangkan.
Pelajar yang berminat dikehendaki mengemukakan permohonan secara on line menerusi laman web Yayasan Terengganu. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar satu salinan butiran permohonan beserta dengan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan ke Bahagian Prestasi Pendidikan Yayasan Terengganu untuk tindakan selanjutnya.
Penempatan :
Penempatan pelajar bagi tahun 2016 adalah di Sek Men. Keb. Binjai, Kemaman dan Sek. Men. Keb. Sultan Ismail, Kemaman.
Bagi penempatan di Sek. Men. Agama Al-Falah, Kemaman, pelajar perlu memohon sendiri kemasukan ke sekolah berkenaan disini.
Pelajar yang berjaya akan dimaklumkan seminggu sebelum sesi persekolahan 2016 bermula menerusi laman web dan surat tawaran.
Tarikh Permohonan :
Permohonan mula dibuka dari tarikh keputusan peperiksaan UPSR 2015 diumumkan dan ditutup dua (2) minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Berita penuh Klik sini....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved atradunjabi.blogspot.com