Razali Ibrahim
“Masalah itu menambah beban kerja SPR untuk mengasingkan pemilih yang berdaftar,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) tentang pendaftaran pemilih oleh parti politik dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, kata Razali, SPR melantik pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan rakyat yang layak mengundi.Katanya, sta­tistik me­nunjuk­kan 4.178 juta individu layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih.

“Jumlah ini sangat besar untuk kita cari dan sebab itu kita beri ruang kepada mereka dilantik sebagai pendaftar pemi­lih untuk mencari rakyat belum mendaftar,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) berhubung dakwaan kononnya bantahan terhadap senarai pemilih baharu didalangi parti politik tertentu, Razali berkata, sesiapa sahaja berhak membuat bantahan.