HEBAHAN : PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU KE SEKOLAH ELIT , SMKA, PREMIER ,KRK DAN KAA NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2017


SYARAT PERMOHONAN ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT;

1. PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN 1 SEKOLAH ELIT DAN SMKA

-Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR 2016
-Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Terengganu
-Lulus Sijil Kafa atau yang setaraf dengannya
-Pencapaian kokurikulum yang cemerlang adalah diberi keutamaan.

2.SYARAT PERMOHONAN MASUK KE SEKOLAH DAN KELAS PREMIER

-Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 2A 4B dalam UPSR 2016
-Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada warga Terengganu
-Pencapaian kokurikulum yang cemerlang adalah keutamaan

3.SYARAT PERMOHONAN MASUK KE KELAS KRK DAN KAA

-Mendapat sekurang-kurangnya 1A dalam UPSR 2016
-Warganegara Malaysia
-Lulus Sijil Kafa atau setaraf dengannya
Cara memohon
1.Bagi permohonan yang telah dibuat secara atas talian sebelum ini di https://public.moe.gov.my , pemohon tidak perlu membuat permohonan baru.
2.Bagi yang belum memohon, pemohon boleh mendapatkan borang kemasukan secara memuat turun borang tersebut di Laman Web Rasmi JPNT http://jpnterengganu.moe.gov.my pada 20 November 2016 mulai jam 10.30 pagi dan menghantar ke JPN Terengganu atau PPD yang berhampiran pada atau sebelum 28 November 2016.
3.Keputusan permohonan boleh disemak pada 18 Disember 2016 melalui Aplikasi Semakan Penempatan Tingkatan Satu  di  http://jpnterengganu.moe.gov.my/apps/semakt1
Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Siti Rohaya Bt Mohd Nor di talian 096213128 / 0199146166
Pautan

PENGUMUMAN : MAKLUMAN TAMBAHAN BERKENAAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2017 SEKOLAH ELIT, SMKA DAN SEKOLAH PREMIER



Semua calon lepasan UPSR 2016, khususnya bagi warga Terengganu, keputusan seperti di bawah adalah dipertimbangkan untuk kemasukan ke tingkatan 1 2017 ke Sekolah Elit, SMKA dan Sekolah Premier.
1. Calon-calon yang mendapat keputusan 4A 1B 1C
2. Calon-calon yang mendapat keputusan 3A 2B 1C
3. Calon-calon yang mendapat keputusan 2A 4B

Jika sekiranya masih terdapat kekosongan tempat di sekolah berkenaan, kelonggaran syarat kemasukan akan dipertimbangkan.
Harap maklum.
Terima Kasih.

berita dari laman : http://jpnterengganu.moe.gov.my/

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL KV Dan SEKOLAH TEKNIK SMT



Pelajar Tingkatan 3 atau lepasan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV), PT3, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2016 boleh membuat permohonan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Januari tahun 2017

PERMOHONAN KINI TELAH DIBUKA- Tarikh tutup pada  20 Disember 2016

Syarat Umum Kemasukan Murid / Pelajar 

  • Warganegara Malaysia 
  • Tingkatan Tiga Tahun 2016 
  • Sihat dan Sesuai Fizikal 
  • Bebas daripada Penyakit Kronik
Aliran PAV 
Pelajar telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV



Aliran Perdana / Akademik / Agama

Pelajar menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu : 
1. Pentaksiran Pusat (PT3) 
2. Pentaksiran Sekolah (PS)
3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) 
4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)




SILA KLIK DI SINI UNTUK PERMOHONAN

Pautan Sumber Asal » mysumber.com