~ Bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015 Permohonan baru / Kemaskini BR1M 2016 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang ke semua cawangan LHDNM terdekat boleh dibuat.
~ Kemaskini atas talianklik sini
~ Permohonan baru atas talianklik sini
~ Jadual Pembukaan kaunter BR1M 2016 di semua cawangan LHDNM.
Murid Tahun 6 yang menduduki UPSR 2015 dan mendapat keputusan 5A serta berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) pada tahun 2015 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online melalui laman web www.ytrg.terengganu.gov.my atau www.myimtiaz.com.myyang akan dibuka sebaik sahaja keputusan UPSR 2015 diumumkan.
Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas keputusan UPSR 2015.
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU
1. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Besut
2. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Dungun
3. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
4. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
5. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
6. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
7. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
Syarat-syarat kemasukan:-
1. Mendapat 5A dalam UPSR 2015.
2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3. Keutamaan diberi kepada ibu atau/dan bapa yang merupakan pengundi berdaftar di Terengganu.
4. Pemohon bukan anak Terengganu boleh juga memohon (kuota 5% untuk pelajar bukan anak Terengganu).
5. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi.
6. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
7. Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
8. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.
Permohonan adalah dipelawa dari pelajar-pelajar anak Terengganu yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR 2015 untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman bagi persekolahan tahun 2016.
Syarat permohonan :
Tawaran ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang memiliki syarat-syarat seperti berikut :
Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A dan 2B dalam peperiksaan UPSR tahun 2015 dengan Matematik dan Sains adalah A serta tiada matapelajaran gagal.
Pemohon dan ibu atau bapa adalah terdiri dari anak Terengganu. Pemastautin yang tinggal tetap di Terengganu melebihi 10 tahun serta mempunyai keinginan untuk tinggal terus ( dibuktikan dengan perolehan aset tak alih ) juga layak dipertimbangkan.
Pelajar yang berminat dikehendaki mengemukakan permohonan secara on line menerusi laman web Yayasan Terengganu. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar satu salinan butiran permohonan beserta dengan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan ke Bahagian Prestasi Pendidikan Yayasan Terengganu untuk tindakan selanjutnya.
Penempatan :
Penempatan pelajar bagi tahun 2016 adalah di Sek Men. Keb. Binjai, Kemaman dan Sek. Men. Keb. Sultan Ismail, Kemaman.
Bagi penempatan di Sek. Men. Agama Al-Falah, Kemaman, pelajar perlu memohon sendiri kemasukan ke sekolah berkenaan disini.
Pelajar yang berjaya akan dimaklumkan seminggu sebelum sesi persekolahan 2016 bermula menerusi laman web dan surat tawaran.
Tarikh Permohonan :
Permohonan mula dibuka dari tarikh keputusan peperiksaan UPSR 2015 diumumkandan ditutup dua (2) minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
Pelajar Terengganu yang dapat 1st class degree (3.75 ke atas), boleh download / isi borang ni untuk dapat rm5000 dari Yayasan Terengganu... InsyaAllah.
20.11.15 (Jumaat) - Sekitar majlis Pelancaran Liga Bolasepak Veteran Dun Jabi oleh YB Mohd Iskandar Jaafar di Padang bolasepak Kg. Tasik Tok Lebai, Jabi... Antara Pasukan yang bertanding....
Majlis turut diserikan lagi oleh kehadiran YB Iskandar
Hadiah turut disampaikan kepada pemenang oleh YB Iskandar...
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pendaftaran pemilih baharu oleh parti politik tidak lagi diteruskan ekoran berlaku masalah dari segi ketepatan maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, pertindihan maklumat sering berlaku apabila individu yang disenaraikan oleh parti politik sebenarnya seorang pemilih berdaftar.
Razali Ibrahim
“Masalah itu menambah beban kerja SPR untuk mengasingkan pemilih yang berdaftar,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) tentang pendaftaran pemilih oleh parti politik dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, kata Razali, SPR melantik pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan rakyat yang layak mengundi.Katanya, statistik menunjukkan 4.178 juta individu layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih.
“Jumlah ini sangat besar untuk kita cari dan sebab itu kita beri ruang kepada mereka dilantik sebagai pendaftar pemilih untuk mencari rakyat belum mendaftar,” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) berhubung dakwaan kononnya bantahan terhadap senarai pemilih baharu didalangi parti politik tertentu, Razali berkata, sesiapa sahaja berhak membuat bantahan.
Senarai sekolah terbaik keputusan UPSR 2015 bagi negeri Terengganu.
Tahniah diucapkan kepada Terengganu kerana diiftirafkan sebagai negeri
terbaik berdasarkan keputusan UPSR 2015. Untuk info, seramai 2,588 calon
dapat semua A dalam UPSR 2015 di semua sekolah di negeri Terengganu.
Berikut adalah senarai top 10 sekolah terbaik di Negeri Terengganu
berdasarkan gred purata sekolah.
Senarai Sekolah Terbaik Keputusan UPSR 2015 Terengganu
SK Rantau Petronas teramai raih semua A dalam UPSR
Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas Kemaman muncul sekolah terbaik
selepas mencatat pelajar terbanyak yang mendapat keputusan semua A dalam
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi negeri Terengganu.
Sekolah itu merekod keputusan semua A sebanyak 44.68 peratus
meninggalkan SK Tapu Hulu Terengganu di tempat kedua dengan 42.86
peratus manakala SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu berada di tempat
ketiga mencatat 36.59 peratus.
Bagi pencapaian sekolah 100 peratus minimum C jatuh kepada SK Tapu di
tangga pertama diikuti SK Tok Raja Besut kedua dan SMK Chalok Setiu
tempat ketiga keseluruhan.
SK Tapu menggungguli pencapaian sekolah Gred Purata Sekolah (GPS)
dengan nilai 1.30, kedua SMK Chalok 1.31 dan ketiga SK Lerek Hulu
Terengganu 1.35.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu (JPNT) Haji Shafruddin Ali Hussin dalam satu majlis di
pejabat JPNT hari ini.
Dalam pada itu untuk pencapaian daerah kategori peratusan semua A
diraih daerah Kuala Terengganu dengan 15.11 peratus diikuti Kemaman
12.62 peratus dan Besut 12.49 peratus.
Daerah Hulu Terengganu berada di tangga pertama bagi kategori
peratusan minimum C iaitu 78.69 peratus dan Besut kedua 76.14 peratus
manakala Kuala Terengganu ketiga 75.20 peratus.
Kategori Gred Purata (GP) pula jatuh kepada daerah Hulu Terengganu
dengan 2.02 peratus, Kuala Terengganu 2.06 peratus dan Besut dengan 2.09
peratus.
Sementara itu seramai 192 pelajar dari Calon Berkerperluan Khas (CBK)
dalam UPSR 2015 dan 2 daripadanya mendapat semua A iaitu Nurqyesha
Uzmahanim Zulmahadi daripada SK Maras Kuala Nerus (Calon C-Jari Tangan)
dan Muhammad Ihkwan Hadi Iziluddin daripada SK Kerteh Kemaman (Calon
C-Gangguan Saraf.
Bagi pencapaian minimum C bagi pelajar CBK adalah sebanyak 25 orang
dan seramai 53 orang kategori di bawah tahap penguasaan minimum.
Kementerian Pelajaran melaporkan sejumlah 443,407 murid menduduki UPSR pada tahun ini di seluruh Negara.
ADUN Kawasan Jabi merangkap EXCO Pemuda UMNO Pusat
Kenyataan Adun Pas Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dalam portal rasmi
milik Pas jelas mahu mengambil kesempatan serta menanam kebencian rakyat
terhadap kerajaan melalui situasi kemalangan yang berlaku di LPT2.
Hasil kajian pihak polis, rata-rata pemandu memecut di LPT2 adalah
melebihi kadar kelajuan di benarkan malah ada mencapai 213km/jam.
Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar yang tampil menyangkal dakwaan
Pemimpin Pas itu berkata, adun Bukit Payung ini seolah-olah cuba
menindakkan bahawa statistik kemalangan yang melibatkan kematian seramai
72 orang itu adalah sebahagian besarnya akibat daripada faktor
kecuaian dan memandu laju serta merbahaya.
“Menuduh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’Seri Ahmad Razif Abd
Rahman membohongi rakyat dan menyembunyikan Fakta adalah tidak boleh
diterima sama sekali”
“Kerajaan telah berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pengguna LPT2 selamat tiba ke destinasi masing-masing”
“Mana mungkin pihak kerajaan negeri membiarkan sahaja kejadian
-kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pengguna LPT2? Katanya
ketika dihubungi penulis Terengganu Times hari ini.
Sebelum ini kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan akan
meletakkan skuad sukarelawan dan jpam bagi persediaan awal sekiranya
belaku kemalangan -kemalangan di Laluan LPT2.
” Soalnya adakah adun Bukit Payung Boleh boleh memberi jaminan bahawa
kerajaan selain Umno mampu mengatasi kematian akibat kemalangan?
Bagaimana kemalangan yang mengakibatkan kematian di negeri-negeri
pembangkang yang bukan diperintah oleh kerajaan Umno???, ujarnya.
Selain dari itu beliau turut bersimpati dengan Ketua Penerangan Pas
itu yang jelas sudah kehabisan modal politik dan kecewa melihat kemajuan
serta transfomasi yang dilakukan oleh Ahmad Razif di Negeri Terengganu.
“Sepatutnya pihak pembangkang berpadu tenaga dengan kerajaan bagi memberikan idea bernas dalam mengatasi masalah ini”
“Tuduh menuduh bahkan memfitnah tanpa fakta yang jelas tidak akan
menyelesaikan ataupun mengurangkan masalah di jalan raya terutamanya di
LPT2” tambahnya lagi.
Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) jabi bakal menikmati kemudahan awam yang lebih selesa dan kondusif dengan membangunnya pembangunan desa atau dikenali sebagai Bandar Baharu Jabi di kawasan seluas lapan hektar, terletak di Jabi Utara, dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
Pusat pembangunan bersepadu yang bermula dari Kampung Renek hingga sempadan Jertih yang menelan belanja kira-kira RM25 juta dibangunkan dengan infrastruktur dan pusat komersial menerusi kerjasama Majlis Daerah Besut (MPB). Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Iskandar Jaafar, berkata penyusunan semula prasarana di kawasan itu mampu melonjak ekonomi penduduk tempatan berikutan wujudnya perkedaian yang tersusun dengan dilengkapi kemudahan lain seperti bank mini, pejabat pos, balai raya, pusat rekreasi, dewan serta dataran awam. “Infrastruktur awam yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM25 juta termasuk kos pengambilan balik tanah itu mampu mengurangkan beban dan melancarkan urusan seharian penduduk tempatan yang sebelum ini terpaksa ke Bandar Jertih dan Permaisuri bagi menyelesaikan pelbagai urusan rasmi,”katanya kepada teganukita.my ketika ditemui di Pejabat DUN Jabi, baru-baru ini. Dalam pada itu, menurut Iskandar lagi, di kawasan 64 hektar terletak Kampung Tempinis pula bakal dibangunkan 250 unit rumah mampu milik yang bernilai bawah RM80,000 seunit, menerusi kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad. Katanya, kemudahan perumahan itu bagi memenuhi keperluan generasi kedua dan ketiga yang sangat memerlukan kediaman yang selesa dan serba lengkap. Selain itu, Pekan Jabi juga bakal menjadi hab sate di Terengganu apabila gabungan enam pengusaha utama makanan itu dihimpunkan di bawah satu jenama `Sate Jabi’, selain mengekalkan nama pengusaha asalnya `Sate Mastura, Lanang, Ala Kajang, Suria, Kak Mah dan Kak Yah’, menerusi kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT). “Usaha merealisasikan hasrat pengusaha makanan popular di Terengganu Utara itu hampir menjadi kenyataan, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menerusi industri hiliran seperti penternak ayam, bahan mentah , peralatan dan pekerja am bagi memajukan perusahaan itu. “Pengusaha Sate Jabi disasarkan akan bertambah dari semasa ke semasa dengan menambahbaik perkhidmatan, menjaga imej, kebersihan, harga serta kualiti, selain mampu menjadi pembekal utama di calet, resort, hotel dan pengusaha makanan lain,”katanya. Menurutnya, YPUT juga menyelaraskan penjenamaan itu menerusi mercu tanda baharu `Sate Jabi’ di laluan masuk dari Setiu dan juga Besut, selain memasang papan tanda baharu yang lebih ikonik di setiap pusat perusahaan makanan itu sebagai tarikan kepada pengunjung. Berita penuh, klik sini
Kuala Terengganu : Kerajaan negeri Terengganu menerusi Setiauasa Kerajaan Negeri (Perumahan) telah membuka pendaftaran secara online buat anak jati negeri Terengganu untuk mendaftar dalam sistem perumahan.
Pendaftaran tersebut dibuka secara rasmi ditalian online eperumahan.terengganu.gov.mybermula 1 November hingga 30 November 2015 ini.
Oleh: YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Dewan Rakyat
23 Oktober 2015 (Jumaat)
Tuan Yang Dipertua,
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi
menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan
bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun
itu” dibaca bagi kali kedua.
Mukadimah...
Tuan Yang Dipertua,
1. Saya mulai, dengan menyebut BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil
A’lamin, Wa bihi Nastai’n.
2. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta’ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala
Langit dan Tujuh Petala Bumi,… juga,… yang telah mewujudkan keadaan
gelap-gulita, ke alam terang benderang.
3. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,…
Pembuka bagi sesuatu yang terkunci, Penutup bagi yang terdahulu, penolak yang
batil, pembela hak dan kebenaran.
Tuan Yang Dipertua,
4. Sejak Mac tahun 2009, saya telah membentangkan lebih 11 dokumen besar
berkait ekonomi negara.
5.
Termasuklah, Pakej Rangsangan Pertama, Pakej Rangsangan Kedua, Rancangan
Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11, seterusnya Bajet 2010, hinggalah
pada hari ini, akan dipersembahkan pula Bajet 2016.
6. InsyaAllah, jika diberi izin oleh Tuhan yang Maha Menyimpan segala Tahu dan
rahsia setiap sesuatu, kita berdoa serta berharap agar terus berpeluang lagi,
dapat membentangkan Bajet-Bajet pada tahun-tahun selanjutnya,… Amin.
7. Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,… merupakan bagian daripada
terjemahan Rancangan Malaysia Ke-11. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian
5 Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah
watan, High Income Advanced Economy. InsyaAllah.
8. Sebelum itu, sebagai hamba-hambaNya yang beringat lagi bersyukur, marilah
bersama, dengan rasa kerendahan hati, mengambil sempena dan iktibar daripada
sejarah dan sirah, berasaskan Al-Quran, melalui mafhum pengertian surah
An-Nisa’ ayat 58, seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, pabila
menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga
hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat.
Tuan Yang Dipertua,
9. Lantaran itu, sebelum diteruskan penyampaian ini, walau apa sekalipun
diwajahkan di mana-mana, meski apa yang dilaporkan dalam media, berkait letak
duduk dan keadaan Malaysia, kononnya, negara ini diambang muflis, berada dalam
krisis ekonomi, nilai ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan
tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara
perbelanjaan Kerajaan yang katanya tidak berhemah.
10. Makanya, berdasarkan ehwal yang dihebah-hebahkan itu, moleklah kiranya saya
mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk memperjelaskan kepada
Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, serta rakyat Malaysia, yang sedang menonton
dan mendengar di luar sana, supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat.
Tuan Yang Dipertua,
11. Semenjak tahun 2009, janganlah sesekali kita lupa, satu persatu datangnya
dugaan terhadap ekonomi negara. Kita telah berdepan dengan pelbagai
ketidakkeruan ekonomi global dan pastinya kemelut iktisad domestik.
12. Alhamdulillah, meskipun telah ditantang dengan segala aral dan rintangan
itu, Kerajaan terbukti mampu menangani dan mengatasinya dengan begitu berkesan.
Tuan Yang Dipertua,
13. Jika hendak disimpulkan, antaranya terdapat 6 pencapaian utama sebagai
penanda kejayaan yang boleh diperbanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan
ekonomi negara, dari mana ia berada separuh dekad lalu.
Tuan Yang Dipertua,
14. Pencapaian pertama: Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia, ia mampu
berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan
dianggarkan mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun, meskipun, ekonomi
dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1 peratus pada tahun
ini.
15. Dalam perkara ini, perlu kita ingat baik-baik, keadaan ekonomi sekarang,
bak kata dalam bahasa Inggeris, there is no comparison whatsoever, berbanding
tahun 1998. Nyatanya, pada ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat
Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif 7.4 peratus.
16. Sungguhpun begitu, kita sedar, bahawa kita tidak dapat lari daripada
menghadapi kelembapan ekonomi global, termasuklah dari segi penurunan harga
komoditi terutamanya minyak, kelapa sawit dan getah, penyusutan nilai ringgit,
pertumbuhan perlahan di negara-negara kuasa besar ekonomi dunia.
17. Justeru, pertumbuhan KDNK negara dijangka dapat berkembang pada kadar 4
hingga 5 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini, akan dipacu oleh pelaburan
dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.
18. Eksport pula, tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus. Sektor
pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan
sebanyak 4.3 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
19. Pencapaian Kedua: Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit
fiskal Kerajaan, daripada paras 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka
pada tahun ini.
Tuan Yang Dipertua,
20. Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang
bermula pada tahun 2010, Kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian
kemiskinan.
21. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun, kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8
peratus pada tahun 2009, kepada kini 0.6 peratus pada tahun 2014. Malah,
sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir disifarkan.
22. Pencapaian Keempat: Kalau dikaji, statistik pengangguran pada tahun 1999
adalah 3.4 peratus.
23. Dengan kehendak Allah jua, hasil daripada pengurusan ekonomi negara yang
berkesan, kita telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus dan
Kerajaan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan.
Tuan Yang Dipertua,
24. Pencapaian Kelima: Seramai 5 juta rakyat di kawasan luar bandar telah
berjaya mendapat manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air
bersih.
25. Akhir sekali, Pencapaian Keenam: Rakyat telah mendapat pelbagai kemudahan
seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, UTC, RTC dan Kedai Rakyat 1Malaysia, demi
meringankan kos sara hidup rakyat.
Tuan Yang Dipertua,
26. Pada sudut lain, kemasukan pelaburan asing pula terus kukuh pada 22.4
bilion ringgit pada separuh pertama tahun ini, manakala indeks Bursa Kuala
Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran 1.675 trilion ringgit
menjelang penutup bursa pada 22 Oktober 2015.
27. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak
418 bilion ringgit pada 15 Oktober 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama
8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.
28. Laginya, pada tahun hadapan, negara dijangka terus berada dalam inflasi
terkawal, di antara 2 hingga 3 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
29. Ini menunjukkan bahawa realitinya, Malaysia, negara kita yang tercinta
bukanlah negara yang gagal atau bankrap, sebaliknya kita masih stabil,… masih
kukuh dengan economic fundamental dan terus berdaya saing.
Tuan Yang Dipertua,
30. Sebelum bingkisan Bajet tahun ini diteruskan, terdapat dua perkara mustahak
yang wajar diberi penjelasan. Perkara pertama, adalah Cukai Barangan dan
Perkhidmatan atau GST, yang hangat diperkatakan oleh orang ramai terutamanya
sejak awal tahun ini.
31. Dalam isu GST, Kerajaan berterima kasih kerana pematuhan dalam pendaftaran
dan pengisytiharannya amat tinggi dan membanggakan.
32. Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia, setakat ini, jumlah syarikat
yang berdaftar dengan GST adalah hampir 400 ribu buah semuanya, dengan kadar
patuh serahan atau submission mencapai lebih 90 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
33. Alhamdulillah, sesungguhnya keputusan Kerajaan melaksanakan GST adalah
tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak kepada lebih 50
peratus daripada paras 100 dolar Amerika sebelum ini.
34. Faktanya, Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS menyumbang sejumlah
dividen kepada Perbendaharaan pada setiap tahun. Jumlah sumbangan dividen ini,
bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia.
35. Misalannya, dalam tempoh setahun di mana harga minyak adalah pada purata
100 dolar Amerika setong, pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil
cukai petroliam kepada negara, berjumlah 62 bilion ringgit.
36. Akan tetapi, senarionya berbeza, pabila harga minyak telah turun kepada
paras sekitar 50 dolar Amerika setong. Pendapatan daripada dividen PETRONAS
serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 44 bilion ringgit pada 2015.
37. Harga minyak ini pula, dijangka akan kekal rendah pada 2016, dan kutipan
hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar 31.7 bilion ringgit, atau
penyusutan pendapatan Kerajaan lebih 30 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
38. Jadinya, jika sebelum ini, dalam beberapa pengumuman rasmi, saya, bagi
pihak Kerajaan ada menyebut bahawa rakyat usahlah bimbang, kerana hasil kutipan
GST dikembalikan semula demi manfaat ramai, malah, dimaklumkan pula bagaimana
ia dibelanjakan. Ini adalah benar apa yang Kerajaan hasratkan dan tidak ada
apa-apa agenda yang terselindung.
39. Namun, keadaan telah berubah. Hasrat ini perlu diimbangi dengan realiti
kedudukan kewangan negara, berdasarkan perkembangan harga minyak dunia yang
tidak menentu seperti yang saya sampaikan tadi. Tetapi, disebabkan oleh
kekurangan kutipan hasil petroliam, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi
tampungan sebahagian besar daripadanya.
Tuan Yang Dipertua,
40. Sehubungan itu, pada tahun 2016, dalam perkiraan Kerajaan, sekira dan
seandainya GST tidak dilaksanakan, dan kita masih dengan sistem SST seperti
yang sebelumnya, hasil negara akan berkurangan sebanyak 21 bilion ringgit.
41. Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah
sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak 39 bilion ringgit.
42. Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus, dan bukan lagi
3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016.
43. Andai kata ini berlaku, Kerajaan terpaksa meminjam termasuk untuk membayar
gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos
pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan
pinjaman perumahan, pastinya meningkat.
Tuan Yang Dipertua,
44. Di atas segalanya, bersyukurlah kita kepada Allah, kerana Kerajaan yang ada
tetap bertegas dengan pendirian, mempunyai dengan izin, political will atau
keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST… sekalipun,…sekalipun…
keputusan ini ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.
45. Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu
lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula
dalam dokumen bajet mereka.
46. Ini jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan
tidak konsisten.
Tuan Yang Dipertua,
47. Oleh itu, berdiri atas pendirian sedemikian, Kerajaan yang bertanggungjawab
ini, akan terus melakukan keputusan-keputusan yang betul, waima tidak bersifat
populis, demi,… mendahulukan rakyat dan kepentingan negara.
Tuan Yang Dipertua dan Rakyat Malaysia sekalian,
48. Oleh yang demikian, ternyatalah, GST ini sebetulnya merupakan satu sistem
percukaian yang efisien. Maka sebab itulah, telah dilaksanakan di lebih 160
buah negara.
49. Tampaknya juga, meskipun keadaan kewangan negara terkekang, kita terus
mendengar denyut nadi dan rintihan rakyat.
50. Kerana itu, setelah menerima maklum balas daripada pelbagai golongan
masyarakat, termasuklah pihak NGO, dengan ini, sukalah saya mengumumkan bahawa,
Kerajaan bersedia, melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa
barangan asas kehidupan seharian rakyat.
51. Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST, berkuatkuasa menjelang 1 Januari
2016, adalah seperti berikut:
52. Pertama, pengenaan GST pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat Terkawal
di bawah senarai Racun Kumpulan A, B, C dan D, serta tambahan sebanyak 95
jenama ubat over the counter, meliputi ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat
kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini melibatkan peningkatan
dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat.
53. Kedua: pengenaan GST pada kadar sifar ke atas barangan makanan berikut :
• Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik;
• Dhal, atau kata orang utara kacang ‘parpu’, berasaskan kekacang daripada
kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih;
• Akar teratai atau lotus root dan sengkuang air atau water chestnut;
• Biji sawi;
• Gula merah; dan
• Untuk orang Sarawak,…mee kolok kering
54. Ketiga: Bagi membolehkan petani berskala kecil mendapat manfaat dari Skim
Kadar Rata di bawah GST, Kerajaan mencadangkan supaya, threshold jualan tahunan
untuk tujuan pendaftaran di bawah skim ini diturunkan daripada 100 ribu ringgit
kepada 50 ribu ringgit;
55. Dengan penurunan threshold, ia bererti, lebih ramai petani kecil boleh
mendaftar di bawah skim ini dan mengenakan tambahan 2 peratus ke atas nilai
jualannya, dan amaunnya boleh disimpan untuk menampung sebarang GST yang telah
dibayar ke atas inputnya.
56. Keempat: Bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti
penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih di dalam industri aeroangkasa pula
akan dibenarkan menyertai Approved Trader Scheme dan diberi pelepasan GST ke
atas pengimportan barang-barang;
57. Kelima: Pelepasan GST juga diberikan ke atas pengimportan semula barangan
yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau
pameran;
58. Keenam: Kini, bagi industri minyak dan gas pula, pelepasan GST diberikan
kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara, bagi
tujuan sewaan dan pajakan seperti peralatan pelantar minyak juga platform
terapung; serta
59. Ketujuhnya: Pelepasan GST juga diberi untuk perolehan bahan dan peralatan
mengajar, kepada penyedia latihan kemahiran dan vokasional yang menjalankan
program diluluskan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006.
Tuan Yang Dipertua,
60. Kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya
daripada golongan belia, bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar
atau prepaid card.
61. Berhubung ini, para pengguna warga Malaysia, akan mendapat kembali rebat
bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam
akaun perkhidmatan prabayar mereka. Langkah ini, adalah mulai 1 Januari 2016
sehingga 31 Disember 2016.
Tuan Yang Dipertua,
62. Seterusnya, bagi memantapkan struktur cukai supaya lebih kompetitif dan
progresif, banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan
daripada 25 peratus, kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara
600 ribu ringgit dan 1 juta ringgit.
63. Sementara itu, mereka yang berpendapatan melebihi 1 juta ringgit, kadar
cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus kepada 28 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
PERUNTUKAN BAJET 2016
64. Bajet 2016 memperuntukkan 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion
ringgit peruntukan dipinda 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit
adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan
pembangunan.
65. Di bawah peruntukan mengurus, 70.5 bilion ringgit adalah untuk Emolumen dan
36.3 bilion ringgit bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala sebanyak 106.6
bilion ringgit adalah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula
diperuntukkan sebanyak 761 juta ringgit dan 1 bilion ringgit kepada
perbelanjaan lain.
66. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi
sebanyak 30.1 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 13.1 bilion ringgit
merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan
masyarakat.
67. Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 5.2 bilion
ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak 1.6
bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.
68. Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak
225.7 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding
2015.
69. Dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan, defisit
fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
Tuan Yang Dipertua,
70. Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan diantara
Capital Economy dan People Economy. Disamping itu, kita perlu mencapai
pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable dan membina sebuah negara yang
kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan
masyarakat yang saling berpadu.
Tuan Yang Dipertua,
71. Lantaran demikian, saya pohon membentangkan sebuah Bajet yang bertemakan
“Mensejahtera Kehidupan Rakyat”, bertunjangkan 5 Keutamaan.
Tuan Yang Dipertua,
72. KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA.
73. Langkah satu: Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan
jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016. Ini akan dipacu
oleh pelaburan swasta yang meningkat sebanyak 218.6 bilion ringgit serta
disokong oleh pelaburan awam sebanyak 112.2 bilion ringgit.
74. Dalam langkah ini, terdapat sembilan projek dan inisiatif yang akan
dilaksanakan:
Pertama: Membangun Malaysian Vision Valley meliputi keluasan tanah seluas
108,000 hektar dari Nilai ke Port Dickson seperti yang telah dibentangkan pada
RMK-11, dengan unjuran pelaburan permulaan 5 bilion ringgit pada tahun 2016;
Kedua: Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir
11 bilion ringgit dalam tempoh 5 tahun;
Ketiga: Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas
1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak 7 bilion ringgit;
Keempat: Pelaburan 6.7 bilion ringgit oleh Khazanah Nasional Berhad, dalam 9
projek domestik berimpak tinggi seperti dalam bidang penjagaan kesihatan,
pendidikan, pelancongan, perisian dan infrastruktur komunikasi;
Kelima: Khazanah Nasional juga memperuntukkan 500 juta ringgit untuk modal
teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan
sebanyak 50 juta ringgit;
Keenam: Pelaburan seterusnya dianggarkan 18 bilion ringgit untuk tahun 2016,
bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor;
Ketujuh: Untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta, antara projek yang sedang
dilaksanakan adalah pembangunan Rubber City di Kedah dengan peruntukan 320 juta
ringgit, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak sebanyak 142 juta ringgit dan
Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah sebanyak 20 juta ringgit; dan
Kelapan: Tumpuan turut diberi kepada pembangunan industri Kimia, Elektronik dan
Elektrikal, Mesin dan Peralatan, Aeroangkasa, Peranti Perubatan dan
Perkhidmatan. Untuk itu, 730 juta ringgit disediakan kepada dana-dana di bawah
MIDA; dan
Kesembilan: Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada
dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih yang telah tamat tempoh Elaun
Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance, insentif baharu Elaun Pelaburan
Semula Khas akan diberikan.
Kadar tuntutan adalah 60 peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dan
dibenarkan ditolak daripada 70 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tahun
taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.
75. Langkah 2: Dalam mempergiatkan pasaran modal pula, Kerajaan bersetuju untuk
melaksanakan beberapa inisiatif termasuk potongan cukai diberi ke atas kos
penerbitan sukuk Sustainable and Responsible Investments dan Pengecualian duti
setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk
pembelian rumah.
76. Langkah 3: Sememangnya, PKS memainkan peranan penting dalam membangunkan
rantaian nilai perniagaan. Ia dijangka menyumbang kepada 41 peratus KDNK
menjelang 2020. Untuk itu, lima tindakan berikut akan diambil:
Pertama: Tambahan satu bilion ringgit bagi Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh
Syariah sehingga 31 Disember 2017, dengan Kerajaan menanggung dua peratus
daripada kadar keuntungan pembiayaan;
Kedua: 107 juta ringgit untuk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana di pelbagai
peringkat perniagaan;
Ketiga: 60 juta ringgit untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan
Kapasiti serta Keupayaan PKS;
Keempat: Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Technology Transformation Fund
sejumlah 200 juta ringgit, di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus;
dan
Kelima: 18 juta ringgit untuk memperluas Projek Transformasi Kedai Runcit atau
TUKAR, dan Projek Automative Workshop Modernisation atau ATOM.
77. Langkah 4: Seperti yang kita tahu, infrastruktur merupakan pemangkin kepada
keseluruhan pembangunan ekonomi dan sosial negara.
78. Terkini, ingin saya maklumkan, bahawa, Malaysia menduduki tangga ke–25 di
antara 160 negara yang disenaraikan dalam Laporan Indeks Pencapaian Logistik
Bank Dunia 2014.
79. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menambahbaik infrastruktur logistik,
termasuklah membina dan menambahbaik jaringan pengangkutan rel, serta lebuhraya
pada 2016. Ini termasuk, Lebuhraya Damansara – Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi
– Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road.
80. Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibukota pula, 900 juta ringgit
diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak, yang akan
dilaksanakan secara kerjasama strategik awam-swasta.
81. Kerajaan juga akan mengkaji pembinaan lebuhraya pesisiran pantai Masjid
Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz, di Melaka.
82. Seterusnya, sebanyak 42 juta ringgit disediakan bagi pembinaan Lapangan
Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota
Bharu. Kajian akan turut dilaksanakan, bagi pembesaran landasan di lapangan
terbang di Batu Berendam, Melaka.
Tuan Yang Dipertua,
83. Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem Pengangkutan Awam yang
efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan
yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.
84. Izinkan saya memberi sedikit status terkini, tentang antara projek terbesar
dalam sejarah negara, iaitu projek pengangkutan awam bersepadu MRT-LRT.
85. Bagi projek sambungan LRT Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer, akan
boleh kita naiki pada Mac 2016. Manakala, bagi projek sambungan LRT Laluan
Kelana Jaya sehingga Putra Heights, dengan jarak 17.4 kilometer pula, akan
boleh dinaiki pertengahan tahun 2016. Kedua-dua projek sambungan ini, bernilai
10 bilion ringgit.
86. Projek MRT jajaran Sungai Buloh – Semantan pula, juga dapat digunakan pada
tahun 2016, pada bulan Disember. Manakala, Fasa 2 Semantan – Kajang dijangka
siap pertengahan 2017. Projek ini, dengan jarak 51 kilometer sedang
dilaksanakan dengan kos 32 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
87. Hasil daripada permintaan ramai, Kerajaan juga telah memulakan rangkaian
perhubungan awam lain seperti berikut:
Pertama: Projek MRT II dari Sungai Buloh – Serdang- Putrajaya dengan jarak 52
kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 28
bilion ringgit. Kerja pembinaan direncana bermula dalam suku kedua 2016 dan
dijangka siap menjelang 2022;
Kedua: Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara- Johan Setia, Klang dengan
jarak 36 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos
pembinaan 10 bilion ringgit. Ia mula dibina 2016 dan siap pada 2020. Disamping
itu, Kerajaan juga akan meneruskan rundingan High Speed Rail dengan Kerajaan
Singapura; dan
Ketiga: Bagi perkhidmatan awam bas, projek Bus Rapid Transit atau BRT KL-Klang
pada kos melebihi 1.5 bilion ringgit, dan BRT Kota Kinabalu pada kos hampir 1
bilion ringgit akan dilaksanakan.
Tuan Yang Dipertua,
88. Untuk menambahbaik infrastruktur telekomunikasi pula, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyediakan 1.2 bilion ringgit, antara lain,
untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar 4 kali ganda dari sehingga 5
Megabit sesaat, kepada 20 Megabit sesaat,. National Fiber Backbone
Infrastructure, Jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut.
89. Selain itu, 250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi
meningkatkan kualiti audio visual dan memberi nilai tambah kepada kandungan TV
serta transaksi data interaktif.
Tuan Yang Dipertua,
90. Memang dari dahulu lagi, semenjak merdeka, kesejahteraan penduduk luar
bandar, menjadi keutamaan kita. Mana mungkin kita meminggirkan mereka. Liputan
jalan luar bandar telah meningkat daripada 46 ribu pada 2009 kepada 51 ribu
kilometer, 98 peratus kawasan luar bandar telah mendapat bekalan elektrik, dan
hampir 95 peratus mendapat bekalan air.
91. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha pembangunan infrastruktur kawasan
luar bandar seperti berikut:
Pertama: 1.4 bilion ringgit bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar
sepanjang 700 kilometer di seluruh negara. Selain itu, 200 juta ringgit lagi
disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA;
Kedua: 878 juta ringgit untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, yang
membabitkan 10 ribu buah rumah. 568 juta ringgit bagi Projek Bekalan Air Luar
Bandar untuk 3 ribu buah rumah;
Ketiga: 60 juta ringgit untuk Program Ameniti Sosial, terutamanya projek perparitan
bagi mencegah berlakunya banjir. Tumpuan diberikan kepada negeri-negeri yang
terlibat banjir seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak;
Keempat: Sebagai pemangkin keusahawanan di kawasan luar bandar dan komuniti
desa, 70 juta ringgit untuk meneruskan Program Rural Business Challenge dan
Program Desa Lestari; serta
Kelima: 67 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Kenderaan Bas MARA, untuk
pengendalian pengangkutan bas di laluan yang tidak ekonomik di luar bandar.
Tuan Yang Dipertua,
92. Langkah Kelima: Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling berpotensi
untuk menjana ekonomi negara dalam keadaan kini. Untuk 2016, Kerajaan
mensasarkan 30.5 juta pelancong yang dijangka menyumbang sebanyak 103 bilion
ringgit kepada ekonomi negara. 1.2 bilion ringgit pula diperuntukkan kepada
Kementerian Pelancongan untuk tujuan ini.
Tuan Yang Dipertua,
93. Tambahan lagi, permohonan visa secara atas talian atau online application,
akan dilaksanakan bermula dengan negara China, India, Myanmar, Nepal, Sri
Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada.
94. Di samping itu, untuk memudahkan pelancong dan pelawat untuk berkunjung ke
Malaysia, Kerajaan akan melaksanakan e-Visa menjelang pertengahan 2016.
95. Seterusnya, bagi mengambil peluang atas kedudukan Ringgit, kini, dan usaha
untuk menarik lebih ramai pelancong, pengecualian cukai pendapatan sedia ada
sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun diberikan kepada pengusaha
pelancongan dilanjutkan mulai tahun taksiran 2016 sehingga tahun taksiran 2018.
Tuan Yang Dipertua,
96. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian,
adalah sumber makanan negara dan merupakan tempat pergantungan pendapatan bagi
petani, pesawah dan nelayan.
97. Sehubungan ini, 5.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara program yang akan dilaksanakan:
Pertama: 450 juta ringgit bagi pelbagai program berimpak tinggi seperti program
penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta geran pemadanan dan penyelidikan
produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar;
Kedua: 180 juta ringgit bagi menaiktaraf infrastruktur saliran dan pengairan di
kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu;
Ketiga: 190 juta ringgit kepada FAMA, bagi tujuan Program Penurunan Harga, dengan
menambah 50 buah lagi Pasar Tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
atau ABR1M yang baru. 40 peratus daripada barang jualan ABR1M, adalah
barang-barang basah seperti ikan dan sayur yang harganya, dianggarkan 5 hingga
30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran; dan
Keempat: 90 juta ringgit diperuntukkan untuk Program Pembangunan Agropreneur
Muda dalam bentuk geran in-kind, Dana Pembiayaan Usahawan, penjenamaan semula
MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan; serta
pelaksanaan Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam
kampung.
98. Dalam mengolah dasar sesuai dengan keadaan ekonomi terkini, Kerajaan
mencadangkan galakan cukai bagi aktiviti pengeluaran bahan makanan dilanjutkan
sehingga 2020. Insentif yang disediakan adalah seperti berikut:
Pertama: Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan
projek pengeluaran bahan makanan, akan diberi potongan cukai bersamaan jumlah
pelaburan yang dibuat;
Kedua: Syarikat yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan pula
diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama 10 tahun; dan
Ketiga: Syarikat sedia ada yang menjalankan projek pembesaran pula, juga
diberikan insentif yang sama untuk tempoh 5 tahun.
99. Skop insentif juga akan diperluas kepada ternakan rusa, tanaman cendawan,
kelapa, rumpai laut, lebah madu dan kelulut serta tanaman makanan ternakan
seperti ubi keledek dan ubi kayu.
Tuan Yang Dipertua,
100. Sehubungan dengan tindakan-tindakan tadi, Kerajaan akan melipat-gandakan
sokongan untuk memperkukuhkan eksport negara.
101. Dengan itu, 235 juta ringgit diperuntukkan kepada MATRADE, untuk Program
Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport.
102. MATRADE dan SME Corp juga akan meningkatkan keupayaan PKS dan syarikat
peringkat pertengahan atau mid-tier, untuk mengeksport barangan dan
perkhidmatan ke luar negara.
103. Seterusnya, bagi mempelbagaikan penggunaan matawang asing untuk urusan
perdagangan pula, Bank Negara Malaysia menyediakan kemudahan credit swap
Ringgit-Renminbi kepada bank tempatan.
104. Pada masa ini, PKS boleh menuntut pengecualian cukai pendapatan sebanyak
10 atau 15 peratus daripada nilai peningkatan eksport. Untuk terus meningkatkan
eksport, PKS diberi kelonggaran mematuhi syarat nilai tambah iaitu 30 peratus
kepada 20 peratus, dan 50 peratus kepada 40 peratus bagi produk perkilangan.
Kelonggaran ini akan diberikan bagi tahun taksiran 2016 hingga 2018.
105. Bagi menggalakkan perkhidmatan penilaian dan pematuhan piawaian
antarabangsa dilakukan di dalam negara, Kerajaan akan memberi galakan untuk
penubuhan Independent Conformity Assessment Bodies atau ICAB.
Tuan Yang Dipertua,
106. Setakat hari ini, Malaysia telah menandatangani 13 perjanjian perdagangan
bebas atau FTA iaitu 6 secara serantau melalui ASEAN dan 7 secara dua hala.
107. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, di mana
jumlah dagangan adalah sekitar 150 peratus melebihi KDNK, Kerajaan telah
menerima secara prinsipnya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP.
Walaubagaimanapun, pertimbangan secara muktamad akan dibuat di Parlimen kelak.
Tuan Yang Dipertua,
108. KEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU.
Lonjakan inovasi dan kreativiti adalah kritikal untuk meningkatkan produktiviti
kita. Penggunaan teknologi hijau akan turut membantu melestarikan sumber-sumber
asli negara.
109. Oleh yang demikian, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh
sebanyak 3.7 peratus setahun melalui:
110. Langkah Satu: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif
di rantau ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi.
111. Lantaran, 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia,
dalam melonjakkan hasil produk R&D oleh institusi penyelidikan tempatan.
Maka, inisiatif- inisiatif berikut akan dilaksanakan:
Pertama: PKS yang membuat perbelanjaan untuk projek R&D sehingga 50 ribu
ringgit bagi setiap tahun taksiran, layak menuntut potongan cukai dua kali
secara automatik. Kemudahan ini diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga
2018;
Kedua: 100 juta ringgit kepada Agensi Inovasi Malaysia;
Ketiga: 200 juta ringgit di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh
Malaysia Debt Ventures Bhd;
Keempat: 35 juta ringgit kepada MaGIC, sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan
Inovasi Serantau, termasuk 10 juta ringgit sebagai dana permulaan untuk
Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund;
Kelima: 30 juta ringgit untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda
seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National
Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah; dan
Keenam: Bagi menggiatkan aktiviti demand driven innovation, pada tahun 2016,
Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit untuk Public-Private Research
Network.
Tuan Yang Dipertua,
112. Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor
pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised
Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak
syarikat menggunapakai teknologi IBS.
113. Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit
disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan
kontraktor kategori G5 dan ke bawah.
114. Langkah Tiga: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan
melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan bekalan air
bersih, melalui pembinaan loji rawatan air, dengan peruntukan 877 juta ringgit.
515 juta ringgit pula, diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di
Sabah.
115. Kerajaan turut mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau
sehingga 40 peratus KDNK pada tahun 2020, melalui:
Pertama: Pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik termasuk proses audit
tenaga dengan peruntukan 45 juta ringgit;
Kedua: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA melaksanakan Skim
Pemeteran Tenaga Bersih, dengan kuota 100 MW setahun, dalam menggalakkan
penggunaan solar photovoltaic; dan
Ketiga: Melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sehingga
31 Disember 2017, dengan dana sebanyak 1.2 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
116. KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN.
Perkara ini amat kritikal untuk masa depan negara. Justeru Kerajaan akan
mengambil langkah-langkah seperti:
117. Langkah 1: Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
sebanyak 41.3 bilion ringgit akan diperuntukkan pada 2016.
118. Antara lain, Kerajaan akan membina:
• 30 sekolah rendah;
• 27 sekolah menengah;
• 4 buah MRSM di Sik, Kedah, serta Ketereh, Tanah Merah, Kelantan, Bagan Datoh,
Perak; dan
• 5 buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah, Segamat
dan Ledang di Johor dan Jerantut, Pahang.
119. Untuk peringkat kelas prasekolah pula, 44.6 juta ringgit diperuntukkan
untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
120. Untuk meningkatkan Penguasaaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, 135
juta ringgit diperuntukkan bagi program Memartabat Bahasa Malaysia dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris.
121. Oleh kerana, Bahasa Inggeris amat penting dalam persaingan global semasa,
maka dua lagi inisiatif, iaitu Dual Language Programme dan Highly Immersive
Programme akan dilaksanakan secara optional dengan kos 38.5 juta ringgit. Dalam
hal ini, 300 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai projek perintis.
122. Bagi meringankan tanggungan ibubapa untuk perbelanjaan persekolahan
anak-anak, bantuan 100 ringgit akan diteruskan. Mulai Januari 2016, ia hanya
dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan 3 ribu
ringgit ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan peruntukan 350 juta
ringgit.
123. Selain itu, program rancangan makanan tambahan yang melibatkan 550 ribu
pelajar dari keluarga miskin yang tersenarai dalam eKasih akan ditambah baik.
124. Program ini, yang sebelumnya hanya tertakluk kepada makanan waktu rehat,
akan diperluaskan dengan kos tambahan 173 juta ringgit untuk sarapan pagi. Kos
keseluruhan program ini sebanyak 423 juta ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
125. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan juga terus menyediakan
peruntukan untuk membangunkan dan menyelenggara Fasiliti Pendidikan untuk
Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil; Sekolah Mubaligh; Sekolah Berasrama Penuh; Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan; MRSM; Sekolah Pondok yang berdaftar dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Cina atau Conforming School yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan.
Peruntukan bagi tujuan ini, keseluruhannya berjumlah 500 juta ringgit.
126. Langkah Dua: Pembiayaan biasiswa diteruskan dengan agihan, antaranya
seperti berikut:
• 1.65 bilion ringgit melalui Jabatan Perkhidmatan Awam;
• 288 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan;
• 250 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan Tinggi; dan
• 258 juta ringgit melalui Kementerian Kesihatan.
127. Selanjutnya, dalam menggalakkan lagi pendidikan tinggi, sukacita saya
umumkan, had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi
bagi pembayar cukai individu, dinaikkan kepada 7 ribu ringgit daripada 5 ribu
ringgit setahun.
128. Ini dilengkapkan lagi dengan penerusan Program Baucar Buku 1Malaysia yang
bernilai 250 ringgit, bagi 1.2 juta pelajar. Untuk mengelakkan salah guna
baucar ini, kaedah penebusan akan diperkemaskan hanya di kedai-kedai buku yang
diiktiraf.
Tuan Yang Dipertua,
129. Langkah Tiga: Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja, kita
mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu, adalah pekerja
berkemahiran TVET menjelang 2020. Sejumlah 4.8 bilion ringgit diperuntukkan
kepada 545 Institusi TVET di bawah Bajet ini.
130. Dalam usaha ini juga, MITI akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kemahiran
Industri bagi menyelaras program TVET dengan kerjasama pihak industri.
131. Selain daripada itu, lebih 330 ribu pelatih akan mendapat manfaat daripada
inisiatif ini melalui antaranya program-program berikut:
Pertama: 585 juta ringgit untuk peralatan latihan TVET di Politeknik, Kolej
Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut
Latihan Perindustrian, GiatMARA dan Kolej Vokasional;
Kedua: 350 juta ringgit untuk membiayai program di bawah Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran; dan
Ketiga: 80 juta ringgit untuk penubuhan Akademi Pelancongan di Kolej Komuniti
Kota Kinabalu, Kolej Vokasional Sandakan serta Institut Latihan Perindustrian
Serian, Sarawak.
Tuan Yang Dipertua,
132. Langkah Empat pula, berkenaan Memperkasa Belia, Komuniti dan NGO. Bagi
langkah ini, Bajet 2016 memperuntukkan 930 juta ringgit kepada Kementerian
Belia dan Sukan bagi inisiatif berikut:
Pertama: 280 juta ringgit untuk latihan teknikal dan vokasional di Institut
Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara;
Kedua: 50 juta ringgit untuk meningkatkan aktiviti pembangunan belia dalam
kegiatan ekonomi dan keusahawanan;
Ketiga: 145 juta ringgit untuk mempersiapkan atlet negara untuk menghadapi
cabaran Sukan SEA ke 29, dan Sukan Para ASEAN ke 9 pada tahun 2017 di Kuala
Lumpur;
Keempat: 75 juta ringgit untuk terus melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia
melalui Program Pembangunan Podium Sukan Elit;
Kelima: 22 juta ringgit untuk membina 2 Kompleks Sukan di Bagan Datoh dan
Kuantan; dan
Keenam: 360 juta ringgit untuk menambahbaik Program Latihan Khidmat Negara bagi
20 ribu pelatih. Ia melibatkan kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara
kreatif dan kemahiran teknikal.
133. Akhir sekali, 160 juta ringgit disediakan untuk NGO-NGO, bagi melaksanakan
program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat,
kesihatan dan keselamatan.
Tuan Yang Dipertua,
134. Langkah Lima, memfokus kepada Kualiti Tenaga Kerja.Bagi meningkatkan
kebolehpasaran tenaga kerja, program seperti berikut akan dilaksanakan:
Pertama: Memperuntukkan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber
Manusia, sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut
keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak, serta Outplacement Centre
bagi melatih semula pekerja yang telah diberhentikan; dan
Kedua: Melatih 15 ribu peserta melalui program Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M
dengan kos 250 juta ringgit yang akan dibiayai sepenuhnya oleh GLC.
Tuan Yang Dipertua,
135. Untuk Menambahbaik Pengurusan Tenaga Kerja Asing pula, sebanyak 77 juta
ringgit akan diperuntukkan oleh PSMB bagi menjalankan program seperti Train
& Replace dalam bidang terpilih seperti hospitaliti, perkapalan dan
pengangkutan.
Tuan Yang Dipertua,
136. Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30
peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan
swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah; dan Kerajaan akan
sentiasa memantau pencapaian dasar ini.
Tuan Yang Dipertua,
137. KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA. Perlu saya tegaskan,
bahawa pemerkasaan Bumiputera adalah agenda nasional dan ini tentunya,
merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
138. Sebanyak 150 juta ringgit disalurkan kepada TERAJU untuk pelaksanaan
pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program
Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi
139. 150 juta ringgit diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan
Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional
serta Peneraju Skil dan Iltizam.
140. Manakala, kepada MARA pula, diperuntukkan 3.7 bilion ringgit, termasuk
menaja pengajian 72 ribu pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.
141. Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan
perniagaan Bumiputera, peruntukan akan diberikan seperti berikut:
Pertama: 400 juta ringgit kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS;
Kedua: 250 juta ringgit kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad;
Ketiga: 150 juta ringgit kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan
Keempat: 100 juta ringgit sebagai pinjaman kepada UDA Holdings untuk tujuan
pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur.
Tuan Yang Dipertua,
142. Manakala, untuk agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak, langkah-langkah
berikut akan dilaksanakan:
Pertama: Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang meliputi jajaran sepanjang 1,090 km,
dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan anggaran kos sebanyak 16.1 bilion
ringgit.
Di Sabah pula, fasa 1 lebuhraya ini, akan mula dibina pada 2016 meliputi 706
kilometer, bermula dari Sindumin ke Tawau, dengan anggaran kos 12.8 bilion
ringgit. Sukacitanya saya berkongsi sekali lagi, Lebuhraya Pan Borneo ini akan
bebas daripada sebarang bayaran tol;
Kedua: Pengangkutan penumpang udara merupakan antara mod utama pengangkutan
bagi penduduk pedalaman, di Sabah dan Sarawak serta Labuan. Maka, perkhidmatan
pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Rural Air
Services dikecualikan daripada GST;
Ketiga: Sebagai satu program baru, 70 juta ringgit disediakan melalui Bank
Simpanan Nasional dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, bagi
pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had
pinjaman 50 ribu ringgit untuk setiap unit di rumah panjang;
Keempat: 70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma disediakan untuk
meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi huma, yang meliputi
kawasan seluas 65 ribu hektar di Sarawak, dan 11 ribu hektar di Sabah;
Kelima: 260 juta ringgit disediakan untuk Program 1Harga 1Sarawak dan Program
1Harga 1Sabah bagi memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh
negara;
Keenam: 115 juta ringgit disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah
dan Sarawak, seperti untuk projek native customary rights, yang merangkumi
prosedur-prosedur pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, serta melibatkan
kos membina native courts, atau mahkamah-mahkamah adat. Bagi projek native
customary rights, 20 juta daripada jumlah tersebut untuk pemetaan tanah di
Sabah, dan 30 juta ringgit pula, untuk tujuan yang sama di Sarawak; dan
Ketujuh: Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman
Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru.
Tuan Yang Dipertua,
143. KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT. Hal ini, adalah amat
dekat di hati saya dan Kerajaan. Makanya, pelbagai inisiatif akan dilakukan
melalui:
144. Langkah Satu: Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40, di mana:
Pertama: TEKUN akan menyediakan 600 juta ringgit yang meliputi 500 juta ringgit
untuk usahawan Bumiputera, dan 100 juta ringgit untuk 10 ribu usahawan India,
melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Selain itu, 50 juta ringgit
disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India;
Kedua: Tambahan 200 juta ringgit kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar
Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40;
Ketiga: 100 juta ringgit disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi
Masyarakat India yang melibatkan kerjasama NGO dengan Institut Latihan
Kemahiran Swasta;
Keempat: Tambahan 90 juta ringgit sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja
dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina yang termasuk 50 juta ringgit untuk KOJADI.
Seterusnya, 40 juta ringgit bagi melaksanakan projek infrastruktur dan program
pinjaman mudah kepada penduduk kampung-kampung baru Cina bagi pembayaran
premium tanah dan membaik pulih rumah;
Kelima: 50 juta ringgit kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Peningkatan
Pendapatan. Melalui kedua-dua program ini, peserta akan mendapat manfaat
latihan kemahiran dan juga bantuan berbentuk aset serta bahan mentah; dan
Keenam: Menyediakan 100 juta ringgit kepada Institusi Latihan Kemahiran Swasta
dan NGO bagi meningkatkan kemahiran B40 untuk mereka mendapat pekerjaan atau
memulakan perniagaan.
Tuan Yang Dipertua,
145. Sejak dulu lagi, Kerajaan ini sungguh prihatin terhadap kebajikan dan
kemajuan masyarakat Orang Asli. Untuk ini, sebanyak 300 juta ringgit disediakan
bagi melaksanakan:
Pertama: Pembangunan Perkampungan Bersepadu antaranya di Sungai Siput, Perak
yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan
air terawat dengan peruntukan 80 juta ringgit;
Kedua: Bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah
sebanyak 45 juta ringgit; dan
Ketiga: Projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan,
menerusi Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli sebanyak 25 juta ringgit.
146. Untuk golongan B40 lagi, program eRezeki dan eUsahawan akan diperluaskan
ke seluruh negara, untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan
mereka. Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari kalangan B40 mendapat manfaat dengan
peruntukan sebanyak 100 juta ringgit, yang disediakan oleh Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
147. Untuk Golongan Pesawah, Pekebun Kecil dan Penoreh Getah pula, Bajet kali
ini menyediakan 852 juta ringgit kepada RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan
pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti.
148. Kerajaan bercadang menambahbaik Insentif Pengeluaran Getah atau IPG. Untuk
ini, sukacita saya umumkan, paras pengaktifan IPG dinaikkan daripada 4 ringgit
60 sen, kepada 5 ringgit 50 sen sekilogram, bagi getah SMR20 Freight On Board.
Bagi getah skrap atau cuplumps di peringkat ladang pula, dinaikkan daripada 1
ringgit 75 sen, kepada 2 ringgit 20 sen sekilogram.
149. Sebagai ilustrasi, berdasarkan purata pengeluaran 250 kilogram sebulan
bagi setiap hektar, pemilik kebun seluas 2 hektar dijangka mampu meraih
pendapatan seribu ringgit sebulan. Ini adalah pada harga pasaran getah skrap 2
ringgit sekilogram.
150. Kini, dengan bayaran tambahan IPG sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram,
pendapatan keseluruhan pemilik kebun tersebut akan meningkat kepada 1,100
ringgit sebulan.
151. Dengan penambahbaikan IPG ini juga Tuan Yang Dipertua, jikalau senario
tadi hanya merujuk kepada seorang pemilik kebun, secara keseluruhannya pula,
melalui Bajet ini seramai 300 ribu pekebun getah akan menerima manfaat tambahan
daripada Kerajaan. Jumlah peruntukan yang dianggarkan adalah sebanyak 200 juta
ringgit.
152. Selanjutnya, bagi menggalakkan petani meningkatkan mutu padi dan hasil
tuaian mereka, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif Pemutuan Sebenar Padi dan
menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi, mulai 1 Januari 2016.
153. Pemutuan Sebenar Padi adalah berasaskan penyeragaman harga padi pada paras
1,200 ringgit setiap tan metrik. Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini,
Kerajaan juga meningkatkan kadar SSHP dari 248 ringgit 10 sen, kepada 300
ringgit bagi setiap tan metrik.
154. Maksudnya, sekiranya seseorang petani itu menghasilkan 6 tan metrik padi,
yang menepati kualiti pemutuan 20 peratus pemotongan, beliau layak mendapat
bayaran hasil jualan sebanyak 5,760 ringgit.
155. Bukan itu sahaja, petani tersebut juga akan menerima penambahan menerusi
peningkatan kadar SSHP, menjadikan jumlah pendapatannya meningkat daripada
1,190 ringgit kepada 1,440 ringgit.
156. Maka, secara keseluruhannya, setelah ini, petani tersebut akan mendapat
7,200 ringgit, pada setiap kali penuaian. Suka saya menyatakan di sini, seramai
155 ribu pesawah akan menikmati penambahbaikan skim ini.
157. Langkah Dua: Seperti kita tahu, isu pemilikan rumah adalah isu yang sering
dibangkitkan semenjak beberapa tahun ini. Pelaksanaannya memerlukan penglibatan
pelbagai agensi.
Tuan Yang Dipertua,
158. Bajet 2016, meneruskan pelbagai program pemilikan rumah bagi segenap
lapisan pendapatan seperti berikut:
Pertama: Membina 175 ribu unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20 peratus di
bawah harga pasaran, dengan peruntukan 1.6 bilion ringgit. Sebanyak 10 ribu
unit dijangka siap tahun hadapan;
Kedua: Membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara
Berhad, dengan pemberian subsidi 20 ribu ringgit bagi seunit rumah dengan
peruntukan 200 juta ringgit;
Ketiga: Membina 100 ribu unit rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau
PPA1M, menjelang tahun 2018, dengan harga di antara 90 hingga 300 ribu ringgit.
Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan disediakan;
Keempat: Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah
Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan 863 juta ringgit;
Kelima: Menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT,
sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi
tujuan bayaran deposit. Untuk ini, 200 juta ringgit diperuntukan;
Keenam: Membina 5 ribu unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen
dan koridor LRT serta monorel, antaranya di Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa;
Ketujuh: Memperuntukkan 60 juta ringgit kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli
khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli;
Kelapan: Membina rumah untuk generasi kedua peneroka, iaitu 20 ribu unit rumah
oleh FELDA, 2 ribu unit rumah oleh FELCRA dan 2 ribu unit rumah oleh RISDA.
Bagi rumah FELDA, harga maksima kini diturunkan kepada 70 ribu ringgit
berbanding 90 ribu ringgit sebelum ini;
Kesembilan: Membina 800 unit rumah mampu milik oleh GLC berhampiran stesen MRT
dalam Kawasan Pusat Bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa Land milik KWSP, dan
4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property; dan
Kesepuluh: Memperuntukkan 40 juta ringgit di bawah KPKT, bagi pemulihan projek
perumahan swasta terbengkalai.
Selain itu, pengecualian duti setem diberikan ke atas surat cara pembiayaan
pinjaman kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai.
Tuan Yang Dipertua,
159. Seterusnya, bagi menyediakan persekitaran penduduk yang selesa, langkah
berikut akan dilaksanakan:
Pertama: 150 juta ringgit bagi membina dan membaik pulih 11 ribu rumah daif di
kawasan luar bandar oleh KKLW; dan
Kedua: 155 juta ringgit bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah, dan Tabung
Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT. Antara lain, tabung ini membolehkan
pembiayaan 100 peratus untuk pembaikan lif, railing, serta pendawaian semula.
Tuan Yang Dipertua,
160. Langkah Tiga: Sememangnya, negara mana yang tidak mahu kualiti perkhidmatan
kesihatan terbaik dan bertaraf dunia. Inilah yang sentiasa diperjuangkan oleh
Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu, kini dan selamanya. Antara projek yang
akan dilaksanakan adalah:
Pertama: Membina 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan
di Cyberjaya;
Kedua: Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, yang
bernilai 848 juta ringgit pada Oktober 2016;
Ketiga: Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang;
Keempat: 260 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf klinik desa, klinik
kesihatan dan klinik pergigian, berserta kuarters di seluruh negara;
Kelima: 52 juta ringgit bagi operasi 328 klinik 1Malaysia sedia ada, dan
pembukaan 33 klinik 1Malaysia baharu;
Keenam: 72 juta ringgit untuk bantuan perubatan, termasuk hemodialisis, yang
memanfaatkan hampir 10 ribu pesakit kurang berkemampuan; dan
Ketujuh: 4.6 bilion ringgit untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan
reagents kepada semua hospital dan klinik Kerajaan.
161. Bermula 1 Januari 2016 juga, Kerajaan akan mengenakan caj penuh rawatan
kepada pesakit bukan warganegara Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
162. Langkah Empat: Kerajaan akan terus memperkukuh sistem jaringan
perlindungan sosial dengan peruntukan hampir 2 bilion ringgit kepada
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk membantu
golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin. Untuk tujuan ini, antara program
yang akan dilaksanakan adalah:
Pertama: 445 juta ringgit bagi meneruskan pemberian 350 ringgit sebulan kepada
OKU bekerja dan 200 ringgit sebulan kepada OKU yang tidak bekerja serta untuk
penjagaan OKU terlantar sebanyak 300 ringgit sebulan. Kesemuanya ini, akan
memanfaatkan hampir 150 ribu OKU;
Kedua: 100 juta ringgit disediakan termasuk untuk menambah 20 lagi buah Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti; dan
Ketiga: Bantuan 662 juta ringgit untuk anak daripada keluarga miskin berjumlah
100 hingga 450 ringgit sebulan, serta warga emas miskin sebanyak 300 ringgit
sebulan.
Tuan Yang Dipertua,
163. Dalam setahun yang lepas, negara telah dilanda dua bencana yang besar,
iaitu banjir besar pada penghujung 2014, dan gempa bumi di Ranau, Sabah.
Musibah dan tragedi ini, jika tidak diambil langkah yang proaktif, boleh
menyebabkan kerugian berbilion ringgit dan lebih penting lagi, kehilangan nyawa
dan anggota.
164. Maka, bagi memperkukuh pengurusan bencana alam, 180 juta ringgit
disediakan termasuk untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara di bawah
JPM.
165. Seterusnya, 730 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Rancangan Tebatan
Banjir di seluruh negara. Manakala, 60 juta ringgit untuk Program Ramalan dan
Amaran Banjir Negara serta membangunkan Sub-Pusat Gempa Bumi dan Tsunami
Nasional di Sabah.
Tuan Yang Dipertua,
Ahli-Ahli Dewan yang mulia serta Rakyat Malaysia Sekalian,
166. Jelasnya, apa yang pentadbiran Kerajaan sedia ada selama ini, sedang
lakukan dan laksanakan, dengan sehabis baik ini,…Sebetulnya, merupakan
tali-temali, sambung menyambung dasar serta perancangan pimpinan negara, sejak
dekad-berdekad.
167. Lantas,… ingin saya ulangi,.. Bajet ini,…satu antara langkah dalam
rantaian langkah-langkah besar terakhir,…yang hanya tinggal sedikit masa lagi
sebelum mentari sebagai negara maju, menzahirkan cahayanya.
168. Pucuk pangkalnya, sebagaimana baik pun perancangan yang dibuat, sedemikian
apapun rencana yang disusun, hukum hakam dan resmi bernegara, seperti tercatat
dalam tawarikh kehidupan, membuktikan bahawa, hatta sebuah tamadun pun akan
gagal jikamana kerukunan, kestabilan dan kebersatuan negara tidak
diperkekalkan.
Tuan Yang Dipertua,
169. Oleh sebab itulah, tatkala membicarakan tentang ketenteraman tanahair,
tiada kalimah sebagai ibarat, tiada kata sebagai umpama, yang dapat menunjukkan
betapa kita berterima kasih dan menghargai jasa serta pengorbanan anggota
keselamatan, mahupun para perajurit dalam menjamin keamanan pertiwi.
170. Oleh yang demikian, Kerajaan komited untuk melaksanakan pelan pembangunan
keupayaan Angkatan Tentera Malaysia atau ATM secara berperingkat.
171. Sehubungan itu, sebanyak 17.3 bilion ringgit disediakan untuk Kementerian
Pertahanan. Antaranya, bagi perolehan 6 buah Littoral Combatant Ship, sistem
persenjataan Very Short Range Air Defence, kereta berperisai dan pesawat Airbus
A-400M.
172. Tambahan lagi, ATM akan diperlengkapkan dengan teknologi terkini, termasuk
penggunaan Unmanned Airborne System untuk meningkatkan keupayaan Intelligence,
Surveillance and Reconnaissance.
173. Sejumlah 523 juta ringgit pula, diperuntukkan untuk pembangunan kem
tentera darat ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah.
174. Seterusnya, bagi mengenang jasa dan khidmat bakti wira-wira kita,
sebanyak, 160 juta ringgit diperuntuk bagi membina 4 ribu unit lagi kuarters
anggota Angkatan Tentera Malaysia.
175. Tidak cukup sekadar itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, sedang merancang
untuk membina tambahan 2 ribu unit lagi rumah mampu milik, kepada anggotanya
bermula tahun hadapan.
176. Di samping itu, Kerajaan bersetuju supaya Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia, diperuntukkan sejumlah 864 juta ringgit, bertujuan antaranya,
perolehan Offshore Patrol Vessel dan kapal peronda.
177. Manakala, bagi mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dalam
negeri, untuk terus mengurangkan kadar jenayah,… sejumlah 13.1 bilion ringgit
disediakan. Inisiatif-inisiatif berikut akan dilaksanakan:
Pertama: 155 juta ringgit untuk pembinaan 2 buah Ibu Pejabat Polis Daerah atau
IPD baharu, iaitu di Lawas, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah, serta 10 buah IPD
dan 5 buah balai polis yang masih dalam pembinaan;
Kedua: Merancang untuk membina 2 ribu unit lagi rumah mampu milik bagi anggota
Polis Diraja Malaysia atau PDRM, antaranya di Rawang dan kawasan-kawasan yang
sedang dikenalpasti;
Ketiga: 36 juta ringgit untuk membina pejabat, kuarters dan menaiktaraf depoh
tahanan imigresen;
Keempat: 50 juta ringgit bagi mempertingkatkan langkah keselamatan penjara; dan
Kelima: 20 juta ringgit untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam,
antaranya melalui pengasingan laluan pejalan kaki dan pencahayaan di kawasan
tersebut.
Sukacita saya mengumumkan, penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM lagi,
dan 500 unit lagi kereta peronda, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 35
juta ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
178. Bagi menguatkan lagi usaha integriti dan mengurangkan ketirisan serta
rasuah, SPRM akan terus dimantapkan dengan program-program serta latihan yang
relevan. Dengan ini, bilangan pegawai SPRM akan turut ditambah mengikut
keperluan.
179. Merujuk kepada falsafah Rancangan Malaysia Kesebelas lagi, Tuan Yang
Dipertua, sepertimana yang telah saya nyatakan di awal ucapan tadi, tentang
rupawajah dan warna-warna kemajuan negara serta sahsiah rakyat yang kita
dambakan, ketikamana memasuki gelanggang negara maju kelak, dalam apa jua yang
direncanakan, seperti dokumen Bajet ini,… perihal kebajikan dan kepentingan
rakyat, menjadi keutamaan.
180. Sepertimana ramai makrufi,… Malaysia kontemporari ini, sudah pun dikenali
sebagai sebuah negara Islam yang progresif lagi dinamik, sehingga disegani di
seantero dunia. Sejak tahun-tahun kebelakangan,… Kerajaan sedang menuju maksud
dalam usaha menepati kerangka Maqasid Syariah dan pengertian wasatiyyah.
181. Walau apapun, untuk memenuhi tuntutan maqasid syariah, bukanlah sesuatu
yang mudah. Apatah lagi, berkait ciri kemajmukan rakyat di negara ini.
182. Sememangnya pun, tanpa disedari, sejak meraih kemerdekaan, kita telah
mengamalkan objektif tersebut dengan prinsip kesederhanaan yang begitu
tersendiri.
183. Berdiri di atas asas ini, kita telah berjaya membina sebuah negara yang
makmur, aman dan sentosa.
184. Di sudut ini,… tidak ada sesiapa yang dapat menafikan bahawa tunjang dan
tonggak kepada urusan pentadbiran negara adalah para kakitangan awam.
185. Oleh itu, marilah kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada lebih 1.6
juta mereka yang berjasa ini.
186. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi
Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada
negara, Kerajaan bersetuju:
Pertama: Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan
mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1
bilion ringgit;
Kedua: Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406
ribu penjawat awam;
Ketiga: Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada
1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;
Keempat: Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang
akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun
tempoh perkhidmatan; dan
Kelima: Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah
berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu
pegawai kontrak.
187. Pelaksanaan kesemua langkah ini Tuan Yang Dipertua, akan berkuatkuasa pada
1 haribulan Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak 1.4 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
188. Bagi merealisasikan harapan, seperti yang dijanjikan, dalam ikhtiar
meringankan kos sara hidup rakyat pula, Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M akan
diteruskan.
189. Saya tahu benar,… ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak perlu
diteruskan. Namun, melalui maklum balas yang diterima, mereka sangat bersyukur
dan berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan ini, kerana terbukti, Bantuan
Rakyat 1Malaysia tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban
hidup mereka.
190. Sehubungan yang demikian,… selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan
Nasional juga, sukacita saya umumkan, jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan
dinaikkan seperti berikut:
Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai
e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah 1,000 ringgit, akan menerima BR1M
sebanyak 1,050 ringgit;
Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah, BR1M
ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit;
Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit,
pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit;
Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak seribu ringgit
akan diteruskan; dan
Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas,
serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar bantuan akan
ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
191. Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta
isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan 5.9 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
192. Jika, dalam RMK-11, saya telah menyebut tentang kelompok B40, dan tafsiran
kumpulan yang terlibat, maka dalam Bajet ini, satu lagi kumpulan besar yang
Kerajaan kini akan turut memberi tumpuan bergelar M40.
193. Secara statistiknya, tafsiran awal M40 adalah, kelompok isirumah yang
berpendapatan antara 3,860 ringgit hingga 8,320 ringgit. Namun, definisi M40
ini, akan terus Kerajaan perincikan dari masa ke semasa.
194. Dalam hal ini, sukacita saya umumkan:
Pertama: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun mulai
taksiran 2016, digandakan daripada 1 ribu ringgit kepada 2 ribu ringgit;
Kedua: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai
pendapatan, dinaikkan daripada 3 ribu ringgit kepada 4 ribu ringgit;
Ketiga: Jika buat masa ini, pembayar cukai individu diberi pelepasan sehingga 5
ribu ringgit setahun bagi tujuan perubatan dan penjagaan terhad hanya kepada
ibubapa mereka yang sakit.
Dalam Bajet ini, Kerajaan memandang positif sikap anak yang mengambil berat
terhadap kebajikan ibubapa mereka dan mengalu-alukan pengukuhan institusi
kekeluargaan.
Sehubungan itu, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibubapa mereka,
meskipun tidak tinggal bersama, akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak
1,500 ringgit untuk ibu, dan 1,500 ringgit lagi untuk bapa.
Tapi,…dengan syaratnya, ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi
2 ribu ringgit sebulan dan berumur 60 tahun ke atas; dan
Keempat: Sempena Bajet ini juga, Kerajaan memutuskan, untuk menaikkan had
pelepasan cukai daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, bagi setiap anak
berumur 18 tahun dan ke atas, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi
pengajian dalam dan luar negara, mulai tahun taksiran 2016; dan
Kelima: Bagi ibubapa kepada anak-anak Orang Kurang Upaya-nya, yang sedang
melanjutkan pengajian di institusi dalam dan luar negara, had pelepasan cukai
dinaikkan daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, mulai tahun taksiran
2016.
Ingin saya tambah di sini, had pelepasan cukai sedia ada bagi ibubapa yang
mempunyai anak OKU adalah 6 ribu ringgit. Ini bermakna, sekiranya anak OKU ini
melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara, jumlah pelepasan cukai yang
boleh dituntut secara keseluruhannya, adalah sebanyak 14 ribu ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
195. Seterusnya, untuk membolehkan lebih ramai pekerja mendapat manfaat di
bawah PERKESO, kelayakan caruman wajib dinaikkan daripada gaji 3 ribu ringgit
kepada 4 ribu ringgit sebulan. Pengubahsuaian ini, memanfaatkan kepada 500 ribu
pekerja, di mana jika si pencarum meninggal dunia dalam tempoh kerja, waris
akan menerima bayaran bulanan sehingga 90 peratus pendapatan bulanan terakhir
beliau.
Tuan Yang Dipertua,
196. Secara kesimpulannya, selama puluhan tahun, Kerajaan Barisan Nasional
telah memikul mandat dan menggalas kepercayaan rakyat. Kerajaan ini juga telah
secara berterusan melunaskan serta melangsaikan janji-janji yang dilafaz dan
dicatat. Ini bererti, Kerajaan yang mentadbir sekian waktu ini jua, terserlah
mempunyai visi dan halatuju yang jelas.
197. Apa yang mustahak, untuk dinyata dan dipertegaskan sekali lagi, kita terus
mendapat pengiktirafan-pengiktirafan daripada pengabsah-pengabsah berwibawa
tinggi di dunia, antaranya agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch
Ratings, Moody’s dan Standard & Poor’s, yang telah memberi gambaran sebenar,
tentang keadaan serta pengurusan ekonomi Malaysia.
198. Malah,… pelbagai pencapaian telah kita raih, antaranya yang terkini,
kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2015-2016 oleh World
Economic Forum, melonjak dua anak tangga kepada kedudukan 18 daripada 140
negara utama ekonomi di dunia.
199. Kepada rakyat sekalian,… usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah.
Jelas sekali,… dengan rekod pencapaian yang cemerlang,… antaranya yang telah
saya tuturkan di awal ucapan tadi, maka letakkanlah keyakinan,… taruhlah
harapan, bahawa,… inilah Kerajaan yang boleh dibergantung harap, demi masa
depan hari muka, anak cucu dan keturunan kita.
200. Dalam apa jua keadaan, saya dan rakan-rakan akan meneruskan perancangan
ekonomi negara, dengan mengutamakan serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang Dipertua,
201. Pokoknya,… bagi Kerajaan ini,… rakyat adalah segala-galanya. Khabar
bahagia sudahpun tiba. Maka, ingin saya umumkan, berkuatkuasa 1 Julai 2016,
gaji minimum negara dinaikkan daripada 900 ringgit kepada 1,000 ringgit sebulan
bagi Semenanjung, dan daripada 800 ringgit kepada 920 ringgit sebulan bagi
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gaji minimum ini melibatkan
semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.
Tuan Yang Dipertua,
202. Tidak cukup sekadar itu,… bagi meringankan beban kos sara hidup kepada
semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500
ringgit kepada semua penjawat awam.
203. Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit
disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan
dibuat pada bulan Januari 2016.
Tuan Yang Dipertua,
204. Demikianlah, Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus ingin membuat
kebaikan dan kebajikan kepada sekalian rakyat. Sejak dulu, kesemuanya tidak
terbina dengan mudah atau dalam sekelip mata. Ia menuntut kesungguhan dan
pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa.
205. Lalunya, berbicara tentang betapa susah dan jerih payahnya membina
Malaysia tercinta ini,… kita berasa kesal, bahkan sebenarnya, kita amat-amat
kesal, dengan tindak-tanduk tidak bertanggungjawab oleh musuh dari dalam,
mahupun luar, yang cuba mempalit dan merosakkan imej negara ini.
206. Pada kita,… perbuatan segelintir pihak ini, akan hanya
memporak-perandakan, sampai boleh memusnahkan apa yang terbina selama ini.
207. Waima, wujud sesetengah orang, yang kita sendiri kadang-kadang tidak
tersangka-sangka, atau terduga-duga, ibarat api di dalam sekam,…menjadi gunting
dalam lipatan.
Tuan Yang Dipertua serta Rakyat Malaysia Yang Dikasihi sekalian,…
208. Dalam menghela nafas keinsafan, saya perakui,… benarlah saya ini seorang
pemimpin, tetapi saya juga manusia biasa seperti saudara saudari sekalian. Kita
sama-sama ada kelebihan dan kelemahan di sana sini.
209. Sayugia,… sambil merujuk-rujuk mafhum tafsir daripada surah Yusuf,
bahawa,… Tuhan tidak menyuruh kita berhenti dari berusaha,… Tuhan juga tidak
benarkan kita sesekali berputus asa dari rahmatNya,… dan apatah lagi
sesungguhnya,… Tuhan juga tetap menjanjikan kepada hamba-hambanya yang berislah
dan beriltizam, bahawa,… kejayaan pasti menjelma jua.
210. Sebab itu,… Tuan yang Dipertua,… sudah menjadi adat orang berjuang, pasti
akan menempuh rintangan dan dugaan. Namun,… biar pun berjuta gugatan
menghalang, biar menggunung ombak mendatang, kita,…kita tidak akan sesekali
berputus harapan.
211. Kini,…Tuan Yang Dipertua, saya,… bersama-sama dengan Timbalan Perdana
Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,… berserta anggota pentadbiran
dan pimpinan-pimpinan Barisan Nasional,… sehati sejiwa,… akan tetap tabah dan
bertawakal meneruskan perjuangan yang mulia ini.
212. Nescaya, dengan dipersaksikan masa dan dineraca oleh waktu,… yang benar
tetap benar,… sejarahnya kelak menjadi bukti.
213. Akhir kalam,… bak kata para hukama’,… yang indah-indah itu dari Ilahi dan
yang kurang itu sifat insani. Marilah kita berdoa kepada Maha Pencipta, agar
tiap sesuatu akan kembali pulih seperti sediakala. Semoga Bajet ini
dilimpah-limpah Rahmat-Nya dan membawa sentosa kepada semua.